Syarat
sah Wudu' itu ada enam.
- Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk.
- Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan
yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
- Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
- Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas
Besar.
- Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang
dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat,
lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir,
eyeshadow dsb.
- Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan
sunat.
Perkara
yang membatalkan wuduk.
- Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau
dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan
sebagainya.
- Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika
sedang duduk.
- Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan,
pitam dan sebagainya.
- Menyentuh
kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil
atau besar hidup ataupun mati.
- Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan
tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini
antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu,
mertua, menantu dan lain-lainnya).
- Murtad.
Rukun-rukun
Wuduk.
- Niat.
bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana
Allah Ta’ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan
kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim"
dan niat.
- Membasuh muka.
- Membasuh kedua tangan hingga ke siku.
- Menyapu air di kepala.
- Membasuh kedua kaki.
- Tertib
Doa
Ketika Wuduk
- Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
ampunilah dosa
mulut dan lidahku ini".
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
- Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah, putihkanlah
muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. - Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan. - Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah,
janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri. - Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya
Allah, lindunganlah
daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas
kepala. - Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya
Allah, ampunilah
dosa telinga ku ini"
Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2
berunsur maksiat .. - Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali. - Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, bawakanlah
daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar